Anak anda bakal memulakan fasa penting dalam hidup? Sertai kami untuk persekitaran Islamik yang penuh kasih!
Tentang Junior Soliheen
Selamat datang ke Taska Junior Soliheen, sebuah taska Islamik yang dipercayai dan terletak di Sg Merab Luar, Kajang, berdekatan dengan Bangi dan Putrajaya. Kami menyediakan penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak bagi umur 0 hingga 4 tahun, berasaskan Kurikulum PERMATA yang menyokong perkembangan menyeluruh — dari segi rohani, emosi, sosial, intelek, dan fizikal. Di Taska Junior Soliheen, kami komited untuk menyediakan persekitaran yang Islamik, selamat dan penuh kasih sayang, di mana anak anda boleh membesar dengan ilmu, iman dan kasih sayang.
Apa Anak Anda Akan Dapat?
Rutin harian yang tersusun dan selamat
Aktiviti perkembangan mengikut umur
Bahan pembelajaran mengikut perkembangan
Pendidikan awal Islamik (doa, cinta Rasul, akhlak, solat)
Pengasuh penyayang dan bertauliah
Bilik tidur berhawa dingin untuk kanak-kanak
Bilik bayi khas yang berhawa dingin untuk keselesaan dan keselamatan
CCTV untuk pemantauan keselamatan
Taman permainan dan kawasan luar yang selamat dan luas untuk bereksplorasi
Sistem Kidcare.my bagi kemudahan komunikasi dan maklumat harian kanak-kanak
Aktiviti harian kami merangkumi:
Kelas membaca dan perkembangan bahasa awal bagi mengukuhkan asas literasi
Sesi Iqra’ dan pengajaran Islamik awal untuk membentuk iman sejak kecil
Huffaz Cilik – hafazan al-Quran secara lembut dan menyeronokkan untuk kanak-kanak
Aktiviti kreatif, sensori dan kemahiran motor yang menyeronokkan dan merangsang minda
Nature walk dan aktiviti luar di kawasan luar yang luas dan menghijau
Testimoni Ibu Bapa
"Taska terbaik. Cikgu bertolak ansur, baik layanan, banyak aktiviti untuk anak2. Pengajaran islamik diterapkan sehingga menjadi amalan seharian anak-anak. Recommended 👍"
- Dr Ain, ibu kepada Adlan
Sertai Kami Sekarang!
Tempat adalah terhad untuk sesi kemasukan 2025. Klik butang di bawah untuk daftar minat anda.
Borang Pendaftaran Minat
Isi borang di bawah untuk menyatakan minat anda. Kami akan hubungi anda melalui WhatsApp selepas penghantaran.
Hubungi Kami
📍 Lot 5086, Jalan Haji Muhammad Amin, Kampung Sungai Merab Luar, 43000, Kajang, Selangor